Cara Jimat Sabun Basuh Pinggan Sehingga 5x Ganda Yang Berkesan

Kita menggunakan sabun basuh pinggan untuk membuang kotoran yang ada di pinggan mangkuk.Apatah lagi jika terdapat minyak yang melekat yang perlu di bersihkan dengan betul.Ini menyebabkan kita terpaksa menggunakan kuantiti sabun yang banyak untuk menghilangkan kotoran tersebut.

Ada beberapa pilihan sabun basuh pinggan yang selalu muncul dalam slot pengiklanan di TV.Antara jenama tersebut seperti Sunlight, Axion, Kuat Harimau dan Labour yang di datangkan melalui jenis cecair dan juga pes.

Semasa mencuci pula saya suka mulakan dengan peralatan yang kecil dahulu.Sebelum itu,sisa makanan akan dibuang supaya sinki tidak tersumbat.Manakala pinggan akan di susun supaya ketika membilas di sinki akan menjimatkan penggunaan air paip.Dengan cara ini,kerja dapat dilakukan dengan lebih pantas tanpa penggunaan air yang banyak.

TIPS GANDAKAN KUANTITI SABUN PENCUCI PINGGAN

Tips ini biasa kita lihat ketika majlis kenduri kahwin.Cuma mereka akan menggunakan sabun jenis serbuk untuk mencuci pinggan dalam kuantiti yang banyak.Satu bekas di letakkan sabun manakala satu bekas lagi untuk membilasnya.

Ada yang meletakkan limau nipis bagi mewangi dan menyingkirkan kesan minyak yang melekat di pinggan.Bagi kegunaan rumah pula ada beberapa bahan yang perlu anda sediaakan.Bahan-bahannya adalah mudah kerana memang sentiasa ada di rumah.

  1. Cecair pencuci pinggan sebanyak 800ml.
  2. 5 liter air paip
  3. Secawan garam masakan.

Campurkan ketiga-tiga bahan dan biarkan sehingga sebati.Selepas itu ambil bekas kosong dan isikan mengikut kuantiti yang anda perlukan.Seelok-eloknya bekas yang berkapasiti 1 liter seperti botol air minuman.Cuma perlu di label bagi mengelakkan ada yang minum pula.

Cara Basuh Pinggan Yang Ada Kesan Lemak Daging

Selalunya kita akan menggunakan air panas untuk menyingkirkan kesan lemak tersebut.Cuma jangan di gunakan air panas kerana melecur pula tika mencuci nanti.

Ada satu lagi petua yang di amalkan ketika majlis kenduri kahwin.Cara ini boleh di gunakan untuk membersihkan pinggan,kuali atau periuk yang digunakan untuk memasak daging.

Caranya adalah dengan menggunakan tepung gandum dan sabun jenis serbuk sahaja.Campurkan kedua-duanya kedalam air dan bolehlah mulakan proses mencuci pinggan mangkuk dengan lebih pantas sekali.

We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

Miliki Kedai Online
Jom Miliki Kedai online
best wordpress theme
Logo
Enable registration in settings - general